31 Ogos 2010

~MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!~

Salam Merdeka untuk semua,

Tanggal 31 Bulan 8, 57.....


MERDEKA!!

MERDEKA!!

MERDEKA!!


SELAMAT HARI MERDEKA

UNTUK ANDA SEMUA

29 Ogos 2010

~Renung-Renungkanlah~

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat Malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........
  • Saya terima emel daripada seorang kawan mengisahkan Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.
  • Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an'. Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
  • Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......
  • Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini'.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslimin- Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia.

28 Ogos 2010

~ Memasak ~

Salam,

memandangkan semalam cuti so saya pun memasak menu berbuka semalam...masak biasa saja iaitu sup ayam, gulai ayam,,telor dadar dan puding roti marble (first time buat)...ingat nak buat roti jala nak cicah dengan gulai ayam tu...dah tak larat...malas dah nak buat...

Berhempas pulas memasak..dah la cuaca panas membahang, teruji keimanan betul lah....hari ni tak masak..ada kerja kat luar...

gambar takder yer..malas nak snap...

27 Ogos 2010

"MamaTisya Duit Raya 2010 Giveaway"

Salam,

sapa nak duit raya..jom joint GA nie
dianjurkan oleh MamaTisya

bermula 27 Ogos hingga 2 September 2010
tepat pukul 1.00 ptg

~Dah mula sibuk nak raya~

Salam Jumaat,


Selamat bercuti kepada yang cuti dan selamat bekerja kepada yang bekerja hari nie...


Hari raya pun dah tak lama lagi...Sana sini dah mula sibuk dengan persiapan nak raya... semua shopping kompleks penuh dengan orang ramai...jalan dah start jem...paking kena pusing 2 3 kali baru dapat....tambah2 dah gaji lagi berpusu2 org keluar bershopping kan...

Kalau kat kedah ni shopping kompleks tutup pukul 10 mlm...start 30 Ogos baru lanjut sampai pukul 12 malam. Jadinyer...mmg tak sempat nak membeli banyak barang sebab nak memilih satu2 baju amik masa kan...dok ghalit memilih tengok2 dah nak tutup...hei elehh...nak bayar pon satu hal....kena Q panjang.....nak buat cam ner kan...dah mmg gitu ler keadaannya nak dekat2 raya nie..walaupun org ramai saya suka sebab baru ler rasa kemeriahan nak berayakan...tambah2 sambil membeli sambil dengar lagu raya...besstt woooo..

Saya dah siap beli semua...mungkin last2 minit nanti ada lak yg nak di tambah tak tahu la lagi...hehehehhe

25 Ogos 2010

~DuiT RaYa RM500~

Salam,

Berita gumbira buat semua kakitangan awam dan pesara dari gred 1 hingga gred 54 kerana Kerajaan bersetuju memberi bayaran saguhati sebanyak RM 500 sampena nak sambut hari raya. Bayaran akan dibayar sebelum 1 Syawal....

Syukur..alhamdulillah...awalnya mmg tak mengharap tp akhirnya dapat juga. At least dapat juga meringankan beban kos persediaan raya nie...

Dah bagi duit raya nie..bonus cam ne pulak?..sure tak dapat juga macam tahun lepas...hujung tahun ni nak pakai duit juga tuk belanja sekolah...tahun depan abg kimie dah darjah 1..belanja lagi banyak berbanding prasekolah....kita tunggu jela ekkk....

~KUIH RAYA~

Salam,

Kelmarin aura kerajinan telah datang...saya tingin nak buat biskut confleks nie....lagipun abg kimie suka makan conflakes...buat bukan tuk raya tapi tuk makan2 ajer. Saya call kakak tanya resepi padahal sonang ajer..hahhaha...lepas berbuka gigih buat ditemani adik BalQis....percubaan pertama..not bad la...

ini la ghupanyer...

Abg kimie kena sengat tebuan

Salam,


Hari ni saya ambil cuti kecemasan....terpaksa ambil sebab pagi tadi memang saya nak pegi kerja...hari ni abg kimie tak sihat jadi dia tak nak pergi sekolah..ok lah kan..so saya pergi kerja abahnya hantar, abg kimie nak ikut...kami pergi naik moto jer sbb boleh lalu ikut jln shortcut..ikut jalan mini tar tengah2 sawah bendang...dah on the way dekat nak sampai ofis tiba2 abg kimie mengelupur....pastu dia nangis...sebelum tu nampaklah binatang kaler hitam kat sebelah dia..rupa2nya dia dah kena sengat dgn tebuan...cepat2 hubby stop moto dan tengok tapak tangan dia...dia dah nangis2 kuat masa nie..sakit sangat2...apalagi kami pun patah balik p klinik mutiara...nasib baik klinik ni buka awal...tempat kena sengat tu kuar darah sikit...

masa kat klinik pun asyik nangis jer dia sebab tahan sakit...doktor pulak lambat nak panggil...terketar2 tangan dia.....dia tak pernah kena macam nie..apa lagi meraung la..jumpa doktor, doktor cucuk kat bontot dan letak ubat kat tapak tangan dia..sian betul saya tengok dia..kenapa dia yg dok kat tengah2 yang kena..kanapa tak kena kat hubby atau saya jer....

ingat nak pergi kerja...tengok dia mcm teruk sangat so ambil keputusan ambil cuti lah...boss ada call walaupun dia outstation sbb ada sedikit kerja urgent..dah maklum dan kerja tu saya buat dari rumah jer...

sekarang tengok dia dah ok tp kena pantau juga sbb sesekali datang sakit dia mmg dia tak tahan ...ibu juga yang dia cari....balqis ada kat rumah mak dia...



23 Ogos 2010

~Tensionnnnnnnnnn!!!!!~

Salam semua,

13 Ramadahan

Hari nie saya rasa sangat tension, stress dan sengsara yang amat2 sangat...
Macam mana nak hilangkan semua perasaan nie????
TOLONGGGGGG!!!!!

21 Ogos 2010

~Shopping Baju Raya~

Salam...

Hari ni dah 11 Ramadan...macam mana puasa kawan2 semua...dah tinggal ker? saya awal2 dah tinggal....huhuhu...

Persiapan raya pulak macam mana? dah beli baju raya....?
aktiviti kami sekeluarga 2 3 hari ni berjalan cari baju raya jer...pusing2 kat alor setar dan Jitra...akhirnya jumpa juga baju mengikut tema...Apa tema korang raya tahun nie...tema kami tahun nie DARK BLUE.

Persiapan lain macam langsir, sarung kusyen/sofa, carpet, kuih raya...semua tu saya tak perlu tukar atau sediakan sbb saya beraya kat kampung...so kat kampung la yg akan berubah wajah....tp umah mak saya guna yang lama juga....save bajet...hahahha...

Pasal kuih raya pulak...kakak saya mmg akan buat banyak2.sbb tiap2 tahun mmg dia akan bagi dekat saya sikit....so saya tak perlu beli kuih dah..tp segan juga saya kan...saya beli juga 2 3 jenis kuih bagi kat dia..bertukar-tukar juadah gitu....

18 Ogos 2010

Macam-Macam Hal

salam semua...

maaf yer saya tak sempat nak update...atas sebab2 berikut:-

1 ~ MALAS
2 ~ Sibuk
3 ~ demam lagi (banyak kali sungguh kena demam kebelakangan ni)
4 ~ setiap kali nak On9 mesti ada 2 makhluk hyper pengacau....hahhahha

Sebenarnya ada lagi gambar2 yang p langkawi haritu...tapi sebab dah lama rasanya...so saya pun malas nak letak sini....tak der sapa nak tengok pun kan sebenarnya...

cerita pasal puasa pulak...saya biasa2 saja...lauk pauk..kuih muih semua beli...just masak nasi saja.....malas betul kan..tengoklah nanti saya akan masak juga....

12 Ogos 2010

Happy Besday BalQis

Salam semua

13 Ogos 2009 - 13 Ogos 2010

Setahun yang lalu pada pukul 4.20 pagi lahirlah seorang bayi perempuan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star..bayi comel itu seberat 3.34kg itu dinamakan IZZARA BALQIS. hari ini bayi comel ini telah berumur 1 tahun..ya..diulangi 1 tahun..(Poyo jer ibu die)...

hepi besday to uuuu..sayang semoga anak ibu menjadi anak yang solehah
Taat pada Allah dan kedua Ibu bapa
Anak yang pintar dan berjaya dalam hidup
Semoga hidupmu dipermudahkan dan murahkan rezeki selalu hendaknya
Ibu juga berdoa semoga hidup anak ibu ini bahagia sepanjang hayat...amin..


Gambar terbaru BalQis sedang bersiar2 di luar rumah

Ibu, Abah dan Abg Kimie sayang BalQis sangat2 muahhhh

Ke Cable Car pula

Salam semua..

Cerita hari ketiga di Langkawi...pagi macam biasa asyik la mandi pantai sampai tengahari. Petang baru keluar ke cable car...cuaca adalah mendung..macam nak hujan tapi nasib tak hujan kalau t
idak cable car ini akan tergendala sebentar...

sedang tenangkan BalQis yang takut2 berani..
nasib baik dia tak meraung dalam tu..

memang gayat klu tengok ke bawah..
abg kimie yg menten berani..
ni di tingkat pertama...


tingin benar saya nak ke sana tapi ada perkara yang tidak dapat dielakkan
mungkin lain kali saya akan ke sana juga nanti...

masa naik cable car ni berdoa tak henti2..takut kan naik tempat tinggi..mmg gayat tapi teruja yang lebih...ni pemandangan dari bawah ke atas..sayup jer....

10 Ogos 2010

UnDeR WaTeR WoRLd

Salam semua...

hari pertama puasa..macam mana? kami kat kedah cuti hari nie...kalau cuti banyak boleh ambik sehari lagi esok....tp cuti saya tinggal sikit saja lagi....huhuhu

oklah...saya sambungan cerita percutian kat langkawi tu...lepas mandi pantai kami ke Under water World..dah lama tingin nak bawa anak2 masuk sini..akhirnya tercapai juga...








gambar banyak tapi kurang memuaskan sbb pakai enset saja....sikit2 dah la yer janji ada juga...

Selamat Berpuasa

Salam semua,



Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan yang penuh berakah ini. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini untuk menambahkan amalan kita....

Tahun lepas saya dalam pantang, alhamdullillah telah selamat menggantikan semua puasa tersebut dan harap tahun nie berjalan lancar.


Jom mandi pantai

Salam

kami menginap di pantai chenang...hotel murah2 saja....yang penting dekat pantai...belah kami menginap ni orang tak ramai...cuaca pun mendung jer..tapi ombak besaq...abg kimie dah lama tak mandi laut so awal tu mmg dia takut...kena buli dengan abah jer....



abg kimie sat naik sat main2 kat tepi...

BalQis dan nangis..takut bunyi ombak kuat kot..


saya kena pujuk dan tenangkan dia....bawa p tepi pantai slow2...

Last sekali paksa gak dia meredah ombak
dah lama2 kaki asyik kena air..dia dah macam ok tp masih takut2..hehehhe

bersambung lagi....
tunggu.....

08 Ogos 2010

Di Jeti

Salam,

ok kita start dari masa bertolak. kami bertolak dari rumah ke Kuala Kedah dalam pukul 3 petang....feri ke langkawi pukul 4.30 ptg..masih ada masa so sempat snap pic sikit2.....


budak baru dapat kaki..tak dok diam langsung

abg yg setia mengekori adiknya

ni dah sampai langkawi..tengah tunggu keta
Balqis yg mengantuk so asyik dok buat pangai

bersambung lagi....

07 Ogos 2010

CuTi-CuTi SeBeLuM RaMaDhaN

Salam semua....

Sekarang saya bersiaran dari Pulau Langkawi...
Percutian keluarga 4 hari 3 malam...
Bermula Khamis hingga Ahad.... Esok last day

Curi-curi masa up date blog nie....
nnt saya akan cerita tentang percutian saya yer...