24 April 2009

Pecah Rekod

Hari ni hari Jumaat (tetapi apsal tarikh kat atas tu tarikh semalam?)
sesuatu yang luar biasa telah berlaku..

apa yekk... ha!!! hari ni saya datang ofis. Nak kena buat minit mesyuarat sebab HQ nak segera...Ni salah pegawai tu la tak maklum awal..sakit tul hati saya. (Marah pegawai tu pulak padahal awal2 tak nak siapkan..hehehe)

Semalam kakak saya call, maklumkan yang ayah saya demam cingukunya (betul ke ejaan)...bahaya tu... lemah betul saya dengar..saya dah plan nak mai ofis...selepas berbincang dengan AK..so saya datang keja dulu...pas tu baru balik tgk ayah...harap-harap ayah saya ok.

Sejak setahun saya kat pejabat baru ni, ni la first time saya datang keja waktu cuti. Klu kat pejabat2 lama dulu selalu saya buat OT tambah2 masa bujang dulu tiap2 minggu buat OT.

16 April 2009

Gambar Baru nie..

Hai semua...

Tak de nak citer sangat just nak tempek kat sini gambar terbaru saya. Nampak tak perut yang makin membuncit itu? dah 6 bulan yerr...(saja nak bagi tau). Kot-kot la ada yg tingin nak tengok..hehehhe...nanti klu saya dah pakai uniform saya tempe
k lagi kat sini. so layannnnnn (gambar tak cun pun)



alamak..hidung kembang laa..

08 April 2009

Jalan-jalan ke TESCO

Semalam kami tiga beranak ke Tesco. Sejak pragnent, ni la kali pertama ke sana.. dah 5 bulan lebih tak jenjalan ke sana. Kimie cukup suka kalau ke sana..sebab apa? sebab ada toys.. tp tak beli pun. Kami belikan dia color dan buku je .. nak bagi dia kurang main sikit..

Barang2 lain yang dibeli rasanya tak le banyak sangat tapi mak aihhh.. mahal lak rasanya...
itu lakan..harga barang semua sudah mahal... nak tak nak kena beli juga sebab barang keperluan..kalau barang kehendak sendiri tu..tgk mana yang penting dan ada bejet lebih baru beli.
Nanti nak kena beli barang baby lagi ni..mana2 barang kimie yang dah tak boleh guna/pakai kena le beli baru..rasanya banyak juga tu..sekarang masih tak beli apa lagi...awal lagi. Senarai barang pun belum buat.

Penat juga berjalan kat dalam tu..berapa kali pusing..pi mai pi mai..balik umah dah sakit pinggang kaki semua...lotihhh..

Tak de gambar la..saya tak der kemera...huhuhu

06 April 2009

Tiada kesempatan

Malam ni cadang2 tu nak celebrate besday abah...memandangkan keta belum siap so kena postpond dululah.
Keta rosak sebab adik ipar pinjam, nasib tak baik dia pi hentam tiang lampu pulak...habis bonet dan bumper kemek..aduhhh...sabar je kami...nak marah pun tak guna sebab tiang tu memang tak nampak kelar hitam..masa kejadian tu pulak malam...

Sebenarnya tu kali kedua, yang pertama dulu AK (ganti nama bagi suami) pernah langgar tempat yang sama juga so dia pun tak leh nak kata apa lah..

Klu ikutkan ari ni siap tapi tadi pergi tengok cina tu cakap ari selasa pulak..pagi2 datang keja merempitlah..pastu time balik petang je asyik hujan..nasib baik ada kakak yang rumah dia sehala dengan rumah saya so saya tumpang dia lah..Memang selalu tumpang dia pun klu AK tak dapat ambil saya.

~Happy Besday Abah~

Hari ini hari jadi suami saya.
Selamat Hari Lahir buat abah.
Ibu doakan abah sentiasa dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki dan sihat selalu hendaknya.

Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke akhir hayat
.
Terima kasih kerana mennyayangi ibu dan kimie selama ini.