28 Mei 2009

Adoiii...makin kronik..

Tajuk cam saspen jerkk..
Sebenarnya saya nak citer sikit pasal kandungan saya ni..tiap kali p checkup mesti hb turun..tp mmg salah saya juga sebab tak makan ubat/vitamin yg doktor kasi..tak sukaaa..
kemarin p dah makin teruk so saya kena cucuk untuk tambahkan zat besi..bukan sekali tau tapi tuk 5 hari berturut2..adoiii..sakit arrr..dah le kena cucuk kat punggung...aiyakkkk..jap gi petang nak kena p lagi...seriau tauuu..
harap-harap baby sihat ler kat dalam nie....sekarang ni baby gerak sangat la aktif..suka sangat dia tendang-tendang...hingga kini saya masih tak tahu baby boy ker baby girl..tak scan lagi..

lepas p klinik saya malas dah nak pergi kerja so saya minta MC sib baik dapat..boss saya pun MC hhehehhe

Tu citer pagi..patang lak dgn punggung yg masih sakit lagi tu saya balik umah mertua sbb malam tadi ada buat kenduri sikit nak bincang pasal kenduri kawin adik ipar bulan depan... nak tolong banyak2 tak larat so saya tolong yang ringan2 jer..tak kisahlakan janji balik tunjuk muka dan tolong sikit2..depa semua pun faham..abis kenduri semua dalam kol 11 mlm baru kami balik umah...huhuhu..penat arrrr tp tak boleh nak tido awal sbb kimi asyik la ajak dok main dengan dia..layankan jer laaa..Kimie ni pun satu..dekat2 nak beranak ni makin menjadi-jadi manja dia...kadang-kadang tension gak..kadang-kadang lawak jer tgk dia...

11 Mei 2009

~ MC ~

Hai kengkawan..

Semalam saya MC.. tak sihat sbb malam tadi dlm kul 2.30 pagi sampai 4 pagi cam tuh saya muntah.. 4 kali pulak tu..tak tahu la nape..dah lama tak muntah ni..tiba2 jer..
Jumpa doktor dia cakap angin ..tak pun silap makan kot .. nasib baik tak melarat hingga ke siang....pagi tu dah bangun mandi semua...rasa cam tak larat jer..lagi pun malas kan..so pikir punya pikir last2 sambung tido..lagi syiokkkkk.....hahahha

10 Mei 2009

SeLaMaT HaRi IbU









Saya nak ucapkan selamat hari ibu kepada ibu saya iaitu Pn. Azizah bt Abdullah...

Terima kasih mak di atas segala pengorbanan mak selama ini..semoga mak sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Tak lupa juga kepada Mak Mertua saya, Pn. Siti Salmiah bt Hassan..
terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu mak seadanya...

Ucapan seterusnya kepada semua yang bergelar ibu, emak, mummy, umi, mama dan yang sewaktu dengannya...SELAMAT HARI IBU...

05 Mei 2009

My First Award



Saya dapat award ni dari Fiza. Tima kasih Fiza kerana sudi bagi kat akak.. Terharu akak tauuu..

anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink' dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
berbagi cinta & sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Saya nak kasikan award ni kepada semua yang baca blog saya..sila ambik yer kengkawan..