31 Ogos 2011

Hari Raya / Hari Merdeka / Hari Lahirku

Assalamualaikum

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada kawan2 semua...
Sambutan raya kali nie serentak dengan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 54.

Beraya kat kampung memang meriah kerana sana sini bunyi mercun bersahut sahutan...tapi yang tak bestnyer ada sorang budak tu takut bunyi mercun kuat2 siapa lagi dak Balqis ler....jenuh juga nak pujuk bagi diam..

Tahun ni besday saya jatuh hari ketiga syawal..tahun lepas 1 Ramadhan...seperti biasa takder sambutan pun...usia pun dah meningkat...akhir kata....

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

SELAMAT HARI MERDEKA

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU

26 Ogos 2011

kuih Raya

Assalamualaikum,

Minggu nie ramai yang last kerja kan? saya hari ahad nie kerja lagi, isnin baru start cuti, sebab dekat kan tak perlu ambil cuti lama2. Minggu ni juga kuih2 raya mula diedar..

nie antara kuih yang saya beli...


ni tak beli, ada syarikat bagi, ingatkan ada kuih raya rupanya kurma tapi kotak dia cantek

yang nie pulak dari UMNO kedah

Ada lagi yang belum dapat..dan kemungkinan besar malam raya pun akan kuar cari kuih raya lagi sebab dah lewat derang akan lelong semua kuih2 tu..time tu la nak beli murah kan.


Lagi satu jadi pengarah/ketua pengarah best kan...banyak client bagi kuih/hamper raya...my boss pun dah bersusun dalam bilik dia...

Dapat juga kad raya..ingatkan takde dah...

23 Ogos 2011

MENU BERBUKA RAMADHAN KE 23

Assalamualaikum,

Buka posa tadi makan apa korang semua? Saya biasa2 saje..tak masak pun semua beli...Blog orang lain bersusun2 menu berbuka tapi saya ni first time nak tempek sini...jom layan...

gulai daging batang pisang

pajeri nanas + terung

ikan masak ros

daging goreng

murtabak


Sambutan Besday Yang Simple

Assalamualaikum,

Besday Balqis dah lama lepas, kami just celebrate simple2 jer sebagai tanda ingatan dan kenangan lagipun balqis mana reti nak tiup lilin dan potong kek lagi...kena si ibu menolong kalau tak hancus itu kek...


kek oreo
acara potong kek
gambar blur sikit



20 Ogos 2011

Premium Beautiful

Assalamulaikum,

Raya dan dekat jadi pada hari raya nanti mestilah kita nak cantik dan kelihatan menarik dan anggun dengan baju raya kan. Saya pun salah seorang daripadanya. Jadi saya telah bertekad dan tutup mata beli pemium beautiful nie.


Sebenarnya beli dah lama bulan 12 tahun lepas lagi tapi pakai jarang2 sekali, tapi bulan posa ni memang saya pakai hari2. Lagipun saya dah tak selesa dengan bentuk badan saya sekarang nie. Saya nak badan saya mcm model2 kat bawah nie..boleh ker? Insyaallah...



Berat sebelum nie (sebelum pakai PB) adalah 54 kg iaitu berat saya ketika mengandungkan abg kimie semasa usia kandungan 40 minggu, berat terbaru saya masih belum timbang lagi. Saya akan kongsi pengalaman dan perbezaannya nanti.

Korang pulak macam mana?



19 Ogos 2011

Baju Raya Tak Jadi

Assalamualaikum,

Inilah baju raya balqis yang tak jadi tuh..nampak tak sendad?


14 Ogos 2011

Tema Raya Tahun Nie

Assalamualaikum

Haa..camner posa korang? masih bertahan ker?

dah dekat nak raya nie mesti sibuk bershopping baju raya kan? tahun nie bab baju raya saya setel awal sikit sebab dah tak kelam kabut mcm tahun2 lepas. minggu lepas baju kurung dan baju melayu dah beli..cuma baju balqis jer belum.. beli hari tuh sendad kat perut...hahahha..nak tukar tak der saiz n kaler sedondon...last2 tukar amik baju kat saya...

Call adik yg selalu saya tempah baju tuh dia kata boleh terima lagi so saya beli kain tuk buat baju kurung kat balqis...senang..oh yer..tema tahun nie..hijau lumut. Hujung minggu nak beli kasut dan tudung pulak.

Dah ada baju ni tak sabar nak pakai la pulak...asyik dok jeling jer...wakakakka...mcm zaman budak2 dulu lak asyik ler menerai tiap2 hari....

13 Ogos 2011

BalQis ~ 2 Tahun

Assalamualaikum


Hari nie besday BalQis yang kedua tahun. kejap jer masa berlalu dah 2 tahun. Makin membesar dengan jayanya...montel n debab..

Semoga adik sihat selalu, murah rezeki, semoga menjadi anak yang solehah, penyayang, rajin dan semua yang baik2...amin....



Sekarang nie balqis tengah fanatik giler dengan citer upin dan ipin dan juga ambulans (mentang2 ibu keja hospital) hari2 kena bawa tengok ambulans....siap buat video lagi...buat bekalan tengok waktu mlm sebelum tido.

Dah pandai cakap mcm2. Makin hari makin banyak ragam..asyik dok merap jer...penat juga nak melayan..apa2 pun ibu, abah dan abg kimie tetap sayang adik ketat-ketat...hahaha...tak dak adik hidup kami sunyiiiii.....


12 Ogos 2011

No Pempes

Assalamualaikum,

Sebenarnya nie nak citer pasal si Balqis.dari bulan lepas lagi dia dah tak mau pakai pempes...nak bogel jer, rimas kot...tp yang bagusnya dia dah shu-shu kat bilik air sama juga masa nak yak-yak. kat rumah dgn kat umah pengasuh mmg dah tak pakai pempes langsung...so dah boleh jimat. tapi nak kuar jalan2 bagi dia pakai juga...sebab dah terkena...hahahahah.

kalau tengah2 malam pun kalau dia sedar dan rasa nak kencing dia akan bangun sendiri pergi bilik air dan saya akan menyusul belakang. ok la kan balqis baru nak masuk 2 tahun...abg kimie tak pakai pempes masa umur 2 thn setengah. Pandai anak2 ibu nie..

08 Ogos 2011

BoNus RaYa

Assalamualaikum,


Yess...kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum sebayak RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

kerajaan juga bersetuju membayar RM500 kepada pesara kerajaan.

rezeki berganda kerana bulan ni juga saya akan dapat tunggakkan kenaikan gaji start bulan Januari.

Lepaslah untuk persiapan raya kami sekeluarga. Raya kami tahun ni sederhana saja.