31 Mac 2010

INFO TERKINI: Hari Khamis balik pukul 3.30 ptg

Salam semua

Mesti terkejut dan sukakan dengar tajuk di atas. Ini kenyataan ok..saya buka laman web JPA dan saya copy paste kan kat sini untuk bacaan korang semua...mesti ada yang tak tau lagi kan...so mengikut surat pekeliling JPA tu adalah seperti berikut:

PENYERAGAMAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT BAGI SEMUA AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DI NEGERI-NEGERI YANG HARI REHAT MINGGUANNYA IALAH HARI JUMAAT

Tempoh Waktu Pejabat bagi agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat adalah dilaksanakan seperti yang ditetapkan seperti di bawah:

Tempoh Waktu Pejabat di Negeri-Negeri yang
Hari Rehat Mingguannya ialah Hari Jumaat


Bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat adalah dilaksanakan seperti yang ditetapkan seperti di bawah:

Waktu Bekerja Berperingkat di Negeri-Negeri yang
Hari Rehat Mingguannya ialah Hari Jumaat


Berkuatkuasa 1 Mei 2010. Naper tak mula esok jer..1 April hihikhik...ishhh ibu nie...nak lebih-lebih pulak...patut berterima kasih kan... yer..yer..saja jer nak gurau..suka sebenarnya nie...dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak JPA...Ofis saya masuk kerja kul 8.00 pagi..rujuk yang kaler kuning tu....(pasni mesti ramai nak tukaq balik kedah).

Sebenarnya baik juga perubahan nie sebab sebelum ni hari ahad rehat panjang dari kul 12.15 hingga 2.45 so dah dipendekkan jadi 1 jam jer...dari tak de buat apa2 better rehat dipendekkan. Nak pergi shopping kat Alor Setar dan Jitra pun jauh gak....lagi pun balik awal nie masa dgn anak2 lebih banyak dan petang tu bolehlah settlekan hal-hal lain seperti pergi bank ker, bayar bil ker apa2 ker kan......kesimpulannya...saya setuju sangat2....hikhikhik...



p/s : Tahun ni dah ada 2 berita baik...satu naik gred/gaji satu lagi balik awal..pasni aper pulak yer...

4 ulasan:

.:fyzz:. berkata...

betui ka akak..awalnya balik 3.30...kalau cam tuh mmg best la..kuatkuasa mei nih ke...oo ahad kira rehat pendek je la..ok gak takyah dok perabih duit ..maklumlah rehat panjang..jalan pun pnjang..hehhe

Ibu Kimie & Balqis berkata...

betul Fiza...nak tau lebih lanjut buka laman web JPA..surat pekeliling JPA bil. 3 tahun 2010..syok kan...kiranya kita cuti banyak arrr..

Wanie berkata...

sonok la kalau cam tuh..
LEbih byk dpt luangkan masa tuk Family...

Ibu Kimie & Balqis berkata...

tul tu wanie..masa dgn anak2 lebih la sikit ..lagi pun hari khamis mlm jumaat tu..hehehhe