08 April 2009

Jalan-jalan ke TESCO

Semalam kami tiga beranak ke Tesco. Sejak pragnent, ni la kali pertama ke sana.. dah 5 bulan lebih tak jenjalan ke sana. Kimie cukup suka kalau ke sana..sebab apa? sebab ada toys.. tp tak beli pun. Kami belikan dia color dan buku je .. nak bagi dia kurang main sikit..

Barang2 lain yang dibeli rasanya tak le banyak sangat tapi mak aihhh.. mahal lak rasanya...
itu lakan..harga barang semua sudah mahal... nak tak nak kena beli juga sebab barang keperluan..kalau barang kehendak sendiri tu..tgk mana yang penting dan ada bejet lebih baru beli.
Nanti nak kena beli barang baby lagi ni..mana2 barang kimie yang dah tak boleh guna/pakai kena le beli baru..rasanya banyak juga tu..sekarang masih tak beli apa lagi...awal lagi. Senarai barang pun belum buat.

Penat juga berjalan kat dalam tu..berapa kali pusing..pi mai pi mai..balik umah dah sakit pinggang kaki semua...lotihhh..

Tak de gambar la..saya tak der kemera...huhuhu

4 ulasan:

Jocko berkata...

tahniah utk second baby

Ibu Kimie berkata...

Terima kasih Jocko

umi_e berkata...

Tahniah juga dari kak e :)

* Hanya sekadar renungan ya (yang baik dijadikan tauladan...

Masa kanak-akanak hanya datang sekali sahaja... biarkan anak-anak menikmati zaman itu... Jangan diragut keindahan zaman yang perlu mereka lalui dengan 'keinginan dan cita-cita ibu bapa' (biarkan mereka berkembang sebagai kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan (bermain) di samping dibimbing ke arah kemurnian hidup mendatang...

** Sedih bila lihat ibu bapa seolah 'memaksa anak-anak kecil untuk terus belajar - menjadi pandai... Sedangkan amat baik kalau anak-anak itu dibacakan dan diceritakan dengan buku-buku dan cerita2 yang baik daripada mereka dipaksa melakukannya... anak-anak akan memperolehi perkembangan itu secara semulajadi dan diikuti dengan pendidikan formal yang akan mereka lalui nanti...

ermmmmmmpanjanglah pulak bebelan kak e... Sorry eekkkk ambil ruang di sini ;)

mummy teha berkata...

nk de 2 nd bb ehh..
congrats ye!!
salam ziarah:))