09 November 2010

~Dah Makin Pulih~

Salam,

1. banjir
Alhamdullillah, rumah saya tak kena banjir...risau juga sebab kawasan keliling semua dah penuh dgn air. hari ni dah banyak tempat yang dah surut....tinggal kawasan yg dekat2 dgn laut jer...

2. Blog ku sayang
Memandangkan kat ofis tak boleh nak online jadi nak blogwalking hanya boleh kat umah saja tu pun kena tunggu dua beradik tu tido..klu tak jgn harap...kdg2 dh penat sangat malas nak online...

3. Anak-anakku
Pasal2 anak pulak...dua2 memang melasak..nnt saya citer yer...

05 November 2010

Banjir kat Alor Setar pulak

Salam

Kelmarin hari khamis mcm biasa balik awal...kawan2 ofis yg lain yg umah dorang naik air dah lama balik...saya pas balik amik balqis semua siap2 p buat rondaan kat kawasan bnjr....

kelmarin air dah mula mai kat alor setar nie.......dah masuk bandar pun...kat jitra dah mula surut

nie kat sawah bendang...sikit ja lagi air nak naik ats jalan..
dah macam laut dah

kesian kt petani2..dah baru semai anak padi..
dah rosak kena banjir lak...mmg tenggelam terus....

nie antara rumah kat tepi2 sawah tue
jalan utama dh kena tutup..dari alor setar ke langgar
so ikut jalan belakang pulak, pun jem juga....

tengok tu ramai betul yg dtg..dah mcm kenduri/pesta pula

lepas tu kami ke jln2 besar pulak...


ni kat jln hutan kampung arah ke jitra/kepala batas
panjang juga air yg naik
kami nak ke jitra pun tak boleh

ni pula kat stadium
e

p merata...tak sempat nak amik gambar dah terutama kat kawasan perumahan
jalan sesak...banyak jalan tutup

semalam hubby cakap kat taman saya ni pun air dan naik sikit
pastu pagi2 jumaat ni hujan pulak..tak tahu air naik lagi ke tak..

harap semua dalam keadaan terkawal.

03 November 2010

~BanJir~

salam

Semua sedia maklum kedah sekarang sedang hebat di landa banjir...saya dah p melawat kawasan petang tadi..cewahhh cam calon nak bertanding pilihraya pulak...

Kawasan bendang/sawah padi hampir semua dah jadi macam laut...jln banyak tutup terputus hubungan...kesian kt kawan2 yang rumah masuk air.....kena selamatkan barang2 penting semua..

Hari nie dah tak hujan..harap2 esok2 pun tak hujan dah..bolehlah semua pakat balik rumah masing2..balik pun penat juga sebab kena basuh pulak...saya bersyukur sebab rumah saya tak kena banjir...

Selain tu..urusan bisness pun terjejas ...mungkin ada rahmat disebalik semua nie...


01 November 2010

Terbantut semua plan

Salam

Cantikkan view kat sini...tenang jer...sejuk mata memandang....
Korang perasan tak...skrg saya byk p tempat2 berair..tasik la..laut la....


tahu tak kat mana nie? ni kat Semeling..kat sungai petani...jenuh juga nk sampai sini..sampai sesat2...hahhahha....
bagi yang terer tgk gambar pun dah tau tempat ni dibina khas untuk apa kan...
Ya betul....tempat pemancing2 ikan...

Hajat kitaorg mmg nak mancing dan stay kat sini satu malam..tapi tak dapat sbb chalet semua dah penuh...ari cuti kan...kalau datang hari biasa insyaallah ada kosong..actually kena booking dulu..tak per pas nie...plan kita org mesti jadik punya....







nampak tak chalet2 tu...walaupun nampak biasa tapi harga dia...standard hotel tau...ada yg cecah 3 -4 ratus.....





dah tak dapat memancing dpt bergambar pun jadi la....