24 Mac 2009

BOSAN

Argggghhh...bosannya....tak tahu nak buat apa..kerja tu ada tapi tak de la mendesak sangat boss pun tak ada, Ahad ni baru masuk keja. Nak bercerita pun takde idea. nampaknya hari ni saya terpaksa menghabiskan waktu-waktu saya dengan........apa ekkk... entah lah...

20 Mac 2009

~Kalau lah betul~

Mengikut scan saya due pada 11/8/09. Kalau lah betul maknanya saya kan berpantang dalam bulan puasa..aduhh penat la nak membayar nanti..yang tahun ni oun masih ada 5 hari lagi tapi masih tak sempat nak bayar sebab keadaan tak mengizinkan..cam na nak puasa, tak makan jer angin dah musing-musing kat dalam perut nie..sian baby lapar..
Insyaallah, sekiranya diizinkan Allah minta-minta bila kandungan dah 6 7 bulan saya dah ok..so bolehlah bayar puasa.
Cerita yang tiada gambar sebab sejak mengandung ni saya belum ada mood nak bergambar bagai..tp cerita tanpa gambar tak best kan.. tp tak kisahlah..at least saya up date juga blog ni kan...

16 Mac 2009

masih dlm pembelajaran

Nasib baik boss tak de ari ni so boleh la saya menambah2kan apa yang kurang dalam blog saya ni. Huhh..pening juga nak buat yekk..saya kan budak baru belajar.

Setakat hari ni alahan saya dah semakin kurang..kerja rumah pun dah boleh buat dan dah start memasak balik. Just masak yang simple2 je...klu terasa penat kejap baring kat ruang tamu then ke dapur balik...cuma satu je tak hilang iaitu air liur..mcm mana yer nak hilangkan..pernah tak korang alami alahan macam nie...

ok la stop dulu untuk hari ni... saja je letak gambar kimie...ni masa dia 4 5 bulan..


12 Mac 2009

~Salam Perkenalan~

Assalamualaikum...

First time saya cuba berblog...semoga blog ini menjadi medan untuk kita saling berkenalan dan menjalin hubungan yang lebih erat samaada yang telah lama mengenali atau yang baru.. Semoga anda semua ENJOY dengan blog saya yang tidak seberapa ini...