05 Julai 2014

BAJU FROZEN ELSA

Assalamualaikum

Hari ni masak apa korang untuk berbuka
saya masak simple2 ajer
janji kenyang 
orang dalam rumah ni pun tak kisah pasal makan
yang dikisahkan adalah pasal baju raya

cakap bab baju raya
si Balqis asyik la nakkan baju si elsa tu
penat la si ibu mensurvey sana sini
akhirnya dapat juga seperti yang balqis nak
kena tanya dia yang mana dia nak
kang mandai2 beli dia taknak pakai haru

dia nak yang ada kain kat belakang mcm pengantin pakai tu
ishh ngada2 tul
iyolah anak..ibu turutkan kehendak mu sayang.

ni bajunya yer..

harap2 padanlah

saya beli kat sini FB Helen Young


03 Julai 2014

Penjawat awam terima RM500 sempena Aidilfitri

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Terima kasih


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama