31 Mac 2010

Jom Try My LooK Pulak

hai semua


Nih ada satu lagi cara nak dapatkan duit sampingan..selain daripada Nuffnang dan iklan-iklan lain tu...My Look ni pun boleh dapatkan duit poket.....rasa-rasa semua dah joint kan.. sebab sepanjang perjalanan saya dok ronda-ronda blog ramai yang dah tahu pasal ni....tapi kepada yg belum joint meh arr joint sekaki...free jerkk..



Korang boleh klik kat gambar atau kat
SINI

INFO TERKINI: Hari Khamis balik pukul 3.30 ptg

Salam semua

Mesti terkejut dan sukakan dengar tajuk di atas. Ini kenyataan ok..saya buka laman web JPA dan saya copy paste kan kat sini untuk bacaan korang semua...mesti ada yang tak tau lagi kan...so mengikut surat pekeliling JPA tu adalah seperti berikut:

PENYERAGAMAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT BAGI SEMUA AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DI NEGERI-NEGERI YANG HARI REHAT MINGGUANNYA IALAH HARI JUMAAT

Tempoh Waktu Pejabat bagi agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat adalah dilaksanakan seperti yang ditetapkan seperti di bawah:

Tempoh Waktu Pejabat di Negeri-Negeri yang
Hari Rehat Mingguannya ialah Hari Jumaat


Bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan di negeri-negeri yang Hari Rehat Mingguannya ialah hari Jumaat adalah dilaksanakan seperti yang ditetapkan seperti di bawah:

Waktu Bekerja Berperingkat di Negeri-Negeri yang
Hari Rehat Mingguannya ialah Hari Jumaat


Berkuatkuasa 1 Mei 2010. Naper tak mula esok jer..1 April hihikhik...ishhh ibu nie...nak lebih-lebih pulak...patut berterima kasih kan... yer..yer..saja jer nak gurau..suka sebenarnya nie...dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak JPA...Ofis saya masuk kerja kul 8.00 pagi..rujuk yang kaler kuning tu....(pasni mesti ramai nak tukaq balik kedah).

Sebenarnya baik juga perubahan nie sebab sebelum ni hari ahad rehat panjang dari kul 12.15 hingga 2.45 so dah dipendekkan jadi 1 jam jer...dari tak de buat apa2 better rehat dipendekkan. Nak pergi shopping kat Alor Setar dan Jitra pun jauh gak....lagi pun balik awal nie masa dgn anak2 lebih banyak dan petang tu bolehlah settlekan hal-hal lain seperti pergi bank ker, bayar bil ker apa2 ker kan......kesimpulannya...saya setuju sangat2....hikhikhik...



p/s : Tahun ni dah ada 2 berita baik...satu naik gred/gaji satu lagi balik awal..pasni aper pulak yer...

29 Mac 2010

Mommies Blogger Award

Salam...


1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:
Terima kasih to
SUE sbb sudi bagi award cute ni ..

2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:

anak pertama lahir 11 Februari 2004...Akmal Hakimie

anak kedua lahir 13 Ogos 2009 ... Izzara Balqis

anak ketiga..tak der...cukup la kot dua jer...

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:
gambar peknen tak der...tahun lepas dah peknen...tak kan nak peknen lagi ...penat wwoooo

4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:

1. Fyzz a.k.a Fiza
2. Azie
3. Kak Miela
4. Izawati
5. Zai Kulim

28 Mac 2010

~TAG OLEH PN. FYZZ~

Salam...

Sebelum jawab tag ni akak minta maaf la kpd Pn. Fyzz yang telah meng'tag akak ni..sori yer sbb lambat buat ..hikhikhik..k..jom kita start menjawab..

No.1
Aperkah jenama Deodorant yg korang pakai skang.
Safi..suka bau dia....

No.2
Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
AYAM BRAND kot...tak ingat la...men beli jer...

No.3
Apakah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA!
Seksi ker...tak rasa seksi pun... cumell ada ler...seksa kat perut...muncit maaa..


No.4
Aper hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
tak pernah lagi la...

No.5
Korang akan rasa diri disayangi bila.........???
apabila diri di hargai...

No.6
Apakah hadiah yg korang akan kasik pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa?
Sama gak cam Pn. Fyzz. kain pasang je la...sekali ngan tudung...

No.7
Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi n sesuai dibuat perfume?
BELACAN lah....cencalok n budu saya tak suka....


No.8
Jenama kasut paling banyak yg anda miliki?
tak der.. saya tak banyak kasut...jenis beli satu- satu pakai sampai lebammmm/hancus

No.9
Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga
apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Mesia?Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri aper?

Klu jadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancangan Keluarga, saya akan pastikan satu family paling kurang ada 4 org anak (Lebih sikit dari cadangan Pn. Fyzz) dan akan tubuhkan satu dana kpd sapa-sapa yang tak mampu untuk sediakan wang belanja kawin...utk elakkan buang bayi nie...

Sekiranya berminat..huh..tak berminat langsung...tak mou pening2 kepala...terima kasih sbb offer wakakaka..

Sila Tag kepada 5 orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas!

1. AZIE
2. IZZA
3. INA
4. MURNI
5. SUE MAMA ALYA

Sila buat yer kengkawan...

Blogwalking dan Nuffnang

Salam..

Sebelum-sebelum ni saya selalu blogwalking ke merata-rata blog tetapi tidak meninggalkan sebarang jejak kiranya macam silent reader gitu..tetapi sejak dua menjak ni saya terlebih rajin pulak..entah aura apa yang merasuk pun tak tahu lahhh... hikhikhik...so mana-mana blog yang saya terjah semua saya tinggal komen dan jejak saya..dan feedback saya terima memang ada lawatan balas dari blog2 tersebut....pastu saya cuba check kat nuff....mmg ada peningkatan dari segi bilangan visitors dan pendapatan nuffnang pun meningkat...w/pun tak banyak at least ada juga kan...ye lah..blog saya berapa orang jer yang masuk...blog biasa-biasa jer...lain la blog yang femes amous tu...


Saya ucapkan terima kasih kepada anda yang sudi singgah di blog kerdil saya ni sambil klik nuffnang saya....

23 Mac 2010

Giveaway contest b'day blog cik fa




Jom Joint...xtau cara???ala senang ja..

1. jadi follower blog cik fa
2. letak banner di atas pada entry dan sidebar. link kepada
giveway contest b'day blog cik fa

3. buat entry tentang giveway contest b'day blog cik fa dalam blog anda
4. tinggalkan link entry anda pada comment di bawah ye..untuk cik fa check


Senang kan???so apa tunggu lagi..jom la join..tarikh tutup penyertaan 26 mac 2010 (jumaat- 1pm). cabutan bertuah akan dibuat pada hari esoknya 27 mac 2010. mari-mari join..hadiah menarik menanti anda..

Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE


mudah jer nak join contest ni....


So guys...syarat2 untuk menjoinkan diri untuk Cabutan Bertuah adalah :

1) Terbuka kepada semua bloggers tak kira lelaki ke perempuan;

2) Buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE;

3) letak banner di side bar anda dan link kan ke thread ni

4) Mestilah dan wajib jadi follower 2 blog ini http://mybabyshoponline.blogspot.com dan http://permatabonda08.blogspot.com (sebab nak bagi hadiah untuk follower kan);

5) Tarikh tutup adalah 04 aPRIL 2010, jam 1.00 am); jadi apa tunggu lagi....
6) Letakkan Nama anda di sini (ruangan komen), dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat.....

22 Mac 2010

~Mencari Persamaan~

Hai

Saja ambil masa sikit update blog..tak der citer sebenarnya..
cuba korang tengok ada persamaan tak?

Gambar adik beradik kandung seibu sebapa..
of course la kan.....
hahahaha .....Sama tak?


Kimie Balqis

Balqis Kimie

Ni abg kimie masa 6 bulan kot...
tembam kan geram jerkkk


21 Mac 2010

PERGI!!!!

Cara kau dan cara aku adalah berbeza
Nyah kau dari hidup aku
Aku tak perlukan kau lagi
FAHAMMMM!!!!!

18 Mac 2010

~dari Kawan lama~

Salam Ceria...



Saya dapat surviner ni dah lama dalam bulan satu ritu tp tak sempat nak tempek sini.. Pemberian daripada kak Syikin dari ofis pertama saya...dulu saya rajin tolong dia dan pada tahun ni kami dipertemukan semula di sini melalui kak ti yang juga pernah berkerja satu ofis dengan saya iaitu ofis saya yang kedua (Faham ke tak ni?). depa ni berlainan ofis tp kak ti ni dok tumpang keta kak syikin so dari situlah kami dapat jumpa kembali..... yang dgn kak salawati ni berjumpa di cafe ofis...bayangkan terpisah lebih kurang 5 tahun...lama tu kan? Motif disini kita akan ramai kawan klu kita bekerja di banyak tempat...

17 Mac 2010

Borang Opsyen Setiausaha Pejabat

Salam..

Nak citer ni..pagi ni saya dah dapat surat tawaran pertukaran PA dari 17 ke 27..fuhh..lama tu nunggu..dapat-dapat jer terus buat surat sendiri n kasi boss sign... klu suruh kakak kat admin tu buat lambat sbb dia p kursus kat HQ so nak cepat buat sendiri ler...bukan susah pun just buat covering letter jerkk..hikhikhik.. korang yang PA-PA ni dah sign ke belom... ke saya sorang je yang lambat...

Lembabnyaaa..Bikin aku tension

Sejak berwajah baru nie..blog ni lambat tul nak publish...
berat sangat ker? Camna nak bagi cepat sikit..
berjanggut nunggu..tension tul saya
korang buka cepat ker lambat gak.. sila bagi respon yer...

Dapatkan Tudung Ika dgn PERCUMA beserta wang bernilai RM50RM100

Salam semua

Mari kita pakat-pakat joint ini kontes..



Sebagai menyambut sebulan KhazisBoutique beroperasi, kami ingin memberikan 2 tudung Ika beserta wang RM50 RM100 untuk 2 pemenang bertuah. Tudung Ika bernilai RM35 + RM100, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai RM135. Menarik bukan?

Bagaimana caranya?
  1. jadi follower blogshop ini.
  2. daftar akaun anda di www.khazisboutique.com (jangan risau, kami tidak akan menggunakan data anda untuk sebarang promosi. data anda hanya akan digunakan untuk menghantar hadiah sekiranya anda menjadi pemenang. sila gunakan nama penuh bagi memudahkan urusan)
  3. letakkan banner contest* di blog anda dan linkkan ke http://khazisboutique.blogspot.com
  4. PENTING: Email info@khazisboutique.com / sms 0125025244 untuk memaklumkan penyertaan anda. Jangan risau, tak perlu slogan atau karangan panjang, cukup sekadar..

Untuk Email

Tajuk email: contest march.
Kandungan email:
1.nama anda
2.link blog anda
Untuk SMS
sms nama penuh dan link blog anda. (nombor telefon anda tidak akan digunakan untuk sebarang promosi. kami menghormati privasi anda)

15 Mac 2010

~Mata atas gerak-gerak~


Owhhhh..pagi nie mata atas belah kanan asyik dok ghejib2 jer... apa maknanye ekkk..risau gak nie...klu baik tak per tp klu makna tak baik camner?

14 Mac 2010

~Tgk Wayang Citer Solomon Kane~

Hai semua..


Minggu ni cuti sekolah kan..so pagi2 tak der la kelam kabut sangat..sedap lah abg kimie tu tido...jalan pun tak jem...kuar lambat pun sempat punch...

Ari tu kami p tgk wayang citer Solomon Kane kat Jitra Mall (Aneka). Kami tgk show pukul 8.15 malam...bawa Balqis sekali...iuhhh..baru 7 bulan dah masuk wayang ekkk.. bukan apa...nak bagi abg kimie tgk dengan abah saja rasa cam tak aci pulak..ibu pun nak tgk juga..nak tinggal Balqis tak sampai hati so angkut semua sekali... risau juga takut Balqis meragam kat dalam tu sbb sound effect dia kan kuat cam nak luruh jantung..takut gak kalau2 dia nangis ke apa kan..tp alhamdullillah...Balqis mmg good girl.. dia yang semangat dok nengok citer..tak berkelip mata... kuat mana pun bunyi dia ok jer.. ek tak uk tak..ok jer...cuma kesian sbb sejuk jer..so saya peluk dia kemas2 dan belai2 dia...sambil dia minum susu dan men mainan...lebih kurang lagi setengah jam nak abis dia tido....

Citer ni ganas la juga...lawan-lawan..penggal kepala semua ada...saya tgk pun naik seriau...muka orang jahat pun ngeri jer...abang kimie pun takut2 juga...tp berjaya juga tgk sampai abis...hehehehe...

13 Mac 2010

Touch Up Sikit

Hai...

Perasan tak? Blog saya sudah berwajah baru...cun tak?
dari pink ke hijau...

(Asalkan cantik dimataku sudah)
Jeles tau tgk blog orang len suma cantik-cantik so saya main hentam ja nie...godek sana godek sini menjadi la juga sikit-sikit

Header kat atas tu pakai yang lama sebab tu masih pink..
nnt ada masa saya akan tukar

04 Mac 2010

~Dua Beradik Tak Sihat~

Salam ceria Semua.....

Minggu ni Abg Kimie tak pergi sekolah langsung sebab demam...kali ni demamnya agak kuat dan teruk..batuk bertalu-talu sampai saya dengar pun naik risau....malam2 lagi la teruk batuk dia..sian tul... ada satu malam tu sampai menggigil-gigil dan macam nak kancing gigi dah saya tgk.... suhu badan tok sah cakap lah mmg panas melampau....dah kurus kering abg kimie tu... langsung tak lalu makan....lagi la melidi...muka pun makin kecik..nampak mata je besaq...tadi pi sekolah jumpa dengan cikgu..sembang-sembang..pot pet pot pet sikit.....cikgu suh balik ahad ni baru pi sekolah...dah setel bab tu...
Balqis pun sama selesema dan batuk... tak pernah lagi dia demam teruk klu cucuk pun panas kejab jer pastu dah baik... badan pun dah susut. Perkembangan terkini Balqis, tengah dok pulun angkat badan dan bontot..nak merangkak la tu...pastu tak boleh nak tinggal kejap....nangis terus...dia dah pandai tau...tambah2 klu tgk kita siap-siap pakai tudung lagi la....mata tu ikut jer ibu p mana...hikhikhik....takut kena tinggal la tu...

Moga anak-anak ibu cepat sembuh ya sayang...now ibu dah berjangkit dah setat ketat idung ni....sungguh tak selesa...

Abg Kimie masa masih sihat (blurr sikit sbb cahaya)


Awat muka jadi lagu tu dik oiiii