24 Februari 2010

AnekaMaya Giveaway Contest


Syarat-syarat penyertaannya yg semudah 1 2 3

1. Jadi followers blog ini
2. Paparkan blog ini di blog list anda
3. Rajin-rajin melawat dan tinggalkan komen anda di posting ini

Dan

Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada 1 kriteria sahaja :-

  • Memberikan 'Header description' terbaik dan menarik tentang kedai ini pada bloglist anda. 3 pemenang atau lebih akan dipilih bergantung kepada jumlah penyertaan.

Hadiah pula anda boleh pilih salah satu :-
1. Sehelai baby pouch bernilai RM40 yang dijahit sendiri dengan penuh kasih sayang ;)
2. 24 keping detox foot patch yg bernilai RM36
3. 15 keping slimming patch yg bernilai RM37.50


Peraduan ini akan berjalan selama sebulan lebih bermula 15 January 2010 sehingga 31 Mac 2010
dan
Pemenang akan diumumkan pada 6 April 2010
so, jgnla bazir masa lagi,

cepat-cepatlah jadi follower kami..;)

My-Alia.Com Giveaway

Salam semua...

Jom kita pakat ramai-ramai joint
My-Alia.com Giveaway
syaratnya sangat mudah sekali just jadi follower jer...
antara hadiah2nya....


Lycra Hairband Giveaway

Bagaimana nak sertai?
Senang sahaja:

1. Jadi follower Ummi

2. Bagi yang ada blog,
2(a) buatkan satu entry tentang giveaway ini di blog anda, tinggalkan komen anda dientry ini beserta link kepada entry ttg giveaway yang anda dah buat di blog anda
2(b) dan linkkan blog anda dengan blog ummi

3. Bagi yang tiada blog, tinggalkan komen di entry ini dan emailkan tentang giveaway ini kepada lima orang kenalan anda (cckan kepada sentuhan_jemari_ummi@yahoo.com) - pastikan anda masukkan link giveaway ini didalam email tersebut

(kalau anda gunakan kedu-dua cara - penyertaan akan dikira sebagai dua)

Maklumat Tambahan
# Sebaiknya dalam komen anda nyatakan hairband yang anda suka ... mana tau ada rezeki boleh dipertimbangkan... ~~klu saya menang saya nak yang love n flower girl~~

# Ummi benarkan gambar hairband untuk digunakan dalam entry anda

# jika ada pertanyaan boleh hubungi ummi tentang giveaway ini...

17 Februari 2010

Contests Special Giveaway

Hai...

Ok...now saya nak joint contest ni
Sila klik pic untuk maklumat lanjut
ini gambar yg saya pertaruhkan

Nama anak : Izzara Balqis
Umur : 6 bulan

Kenapa baby Balqis patut menang CD ini kerana baby Balqis mmg suka memakainya dan baby Balqis akan kelihatan lebih ceria, riang dan comel dari biasa apabila memakai CD yang beraneka color ....tentu saja ia cantik ...menarik...tertarik....lihat saja gambar di atas... baju pink....CD pun pink..
Selain itu ia bukan saja dapat menjimatkan wang malah ia juga dapat menyelamatkan bumi dan masra alam....bak kata pepatah..anak riang..ibu suka..abah senang hati..

FYI Whizchini shoppe ni menjual pelbagai jenis CD, Cloth Pads, CD Accessories dan pakaian kanak2. Sebenarnya saya begitu tertarik dgn cloth pads...rasa-rasa mcm nak try lagi pun penganjur dok area Alor Star juga so senang saya nak dapatkan info...boleh terjah terus...

Harapan saya moga baby Balqis akan menang contes ni dan dapat tambah lagi koleksi CD yang sedia ada..hehehehe..

12 Februari 2010

Hepi Besday Hakimie

Jom nyanyi sama-sama...

Hapi besday to u
Hepi besday to u
Hepi besday to Hakimie
Hepi besday tu uuuuuuuuuuu

Hari ni 11hb Februari genaplah 6 tahun umur abang Kimie...
harapan abah dan ibu semoga abang Kimie:

sihat selalu
dipanjangkan umur
menjadi anak yang soleh

taat kepada ibu, abah dan semua orang
mendengar kata
dan rajin belajaq

11 Februari 2010

Giveaway Sempoi Oya 2010

Lets joint


syarat2:
  1. mcm biasa kalau nak join wajib jd follower AKU coz hanya follower je yang layak okies...
  2. sunat follower BLOG CONTEST aku
  3. hehehe korang addlah blog aku yang cun ni kat blog korang
  4. letak banner kat mane ko nak letak
  5. buat sikit entry sal giveway ni...(simpe dah lera)
  6. then korang list post entry yang korang buat kat http://oya-contest.blogspot.com/2009/11/perserta-giveway-aku.html (klik okies)
  7. siap...
so ni dia senarai hadiah giveway aku nak kasi.. jgn marah ek sempoi but nice.... hahahaha

Hadiah-hadiahnya menarik..semoga saya akan menjadi orang yang bertuah sempena besday abang kimi iaitu pada 11 Feb yang ke 6 dan Anniversary pertunangan saya pada 14 Feb...yang ke 7

MARI KELIH STORE 2010 CONTEST

kali ni saya joint contest ni pulak


Syarat2 penyertaan mudah sahaja;-

1. Anda perlulah copy & paste gambar di atas & diletakkan di entri anda / side banner anda.
2. Anda perlulah meletakkan tajuk sebagai "Mari Kelih Store Contest 2010" sebagai tajuk entri anda
3. Anda perlulah menjadi seorang follower kepada blog ini & Mari Kelih Store (kalau nak jadi fan of Mari Kelih Store di facebook lagi bagus)
4. Anda perlulah link kan entri anda ke entri ini (dengan meninggalkan komen & link entri)
5. Anda seterusnya harus menceritakan serba sedikit tentang Mari Kelih Store yang menyertai I Love Bazaar pada 27 & 28hb Februari 2010 di Subang Parade. Anda wajib menggunakan gambar2 di bawah sebagai bahan di entri anda. Panjang karangan terpulang, janji ada 2 gambar di bawah sudah memadai;)

Gambar 1 : Banner iklan I Love Bazaar

Gambar 2 : Lokasi Mari Kelih Store pada hari tersebut

Hadiah-hadiah terdiri:

- 1 x RM70 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 2 x RM50 baucer membeli belah di Mari Kelih Store
- 1 x RM30 baucer membeli belah di Mari Kelih Store

Tarikh Tutup penyertaan:

- 1 Mac 2010 (apa tunggu lagiiiiiii, kalau malas sangat nak karang ayat, copy paste gambar je letak dalam entri tu)

Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah (oleh tangan yang bertuah) so tiada unsur bias di sini;p

Terma & Syarat:

- Hadiah tidak boleh ditukar ke Ringgit Malaysia (RM)
- Hadiah akan dipilih sendiri oleh pemenang (barangan yang terdapat di Mari Kelih Store sahaja)
- Kos penghantaran & pembungkusan termasuk dalam hadiah
- Zaila tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan barangan yang berlaku semasa proses penghantaran (melalui pos berdaftar sahaja)
- Sebarang rayuan tidak akan dilayan kerana hadiah berdasarkan cabutan bertuah;)

so kawan-kawan..apa tunggu lagi jom la sertai beramai-ramai..mana tau ada rezeki..tak salah mencuba.

10 Februari 2010

Maju Ke Depan Bersama-Sama

Isnin lepas bawa Balqis pegi klinik check bulanan...perkembangan terkini berat dah 6.9 kg naik sikit jer dari bulan lepas 6.5 kg...ok la tu dari tak naik langsung kan... sekarang ni dia tengah berusaha untuk maju ke depan yakni tengah melonjakkan badannya ke depan..orang kedah kata menyuluq p depan...hahahaha...usaha beliau disokong lagi dengan ibu dan pengasuhnya yang sengaja letakkan barang jauh-jauh soh dia gi amik... sian dia...penat kan dik... tak per lama-lama nnt laju la..pastu jenuh berkepung la ibu pas ni....barang-barang menan abg kimie pun kena selalu simpan..sebab balqis ni suka nau masukkan barang dalam mulut...gatal gusi kot....so selalu kena pantau. k la..tu jer buat masa ni...



Nak pusing p mana tu dik..

dah penat ekk...releks dulu...

08 Februari 2010

Bergambar di Hari Cuti

Salam semua...

Hari ni ofis saya lengang jer.. my boss n pegawai2 lain of cos lah ada kat Langkawi sebab majlis perasmian ofis baru... staf yang lain2 pun ramai yang amik cuti ari ni..so sunyi jer ofis... bosan pulak tak der teman tuk berbicara..kat Kedah nie ari Ahad rehat panjang so saya manfaatkan masa rehat dengan tido.... arghhhh sedapnyer.....

tak der apa nak citer..so saya tempek gambar jer lah... jom layannnn...

Ibu n Balqis



kami bertiga

Lokasi di sebuah kedai menjual pelbagai jenis kain pasang bercorak batik..sangat cantik n menawan kalbu..

05 Februari 2010

Gambar kenang-kenangan

Sebelum majlis perpisahan tu kitaorang bergambar kenang-kenangan dulu dengan ex boss... malas nak citer..jom layan gambar...cantik tak baju korporat kita orang..kena pakai setiap hari rabu...

reramai

geng perempuan sajok......cuba cari di mana saya

lelaki lak..nampak kemas jer

Majlis Perpisahan My Boss


Sebenarnya majlis perpisahan ni berlangsung dah lama...bulan lepas tapi lambat publish sbb tak der gambar..kami celebrate kat Menara Alor Setar. Ni kali kedua saya naik Menara ni...first dulu masa tahun 2006 kot klu tak silap sambut hari setiausaha bersama Mawi yang di sponsor oleh Telekom... Tema majlis ni adalah baju korporat jabatan..see semua berkaler oren...

Boss saya kena tukar ke Negeri Sembilan dan boss yang Negeri Sembilan tu datang Kedah...boss saya ni merupakan boss yang ketiga..sepanjang saya jadi PA semua boss saya adalah perempuan...so saya tak der pengalaman dengan boss lelaki...yang baru ni perempuan juga.. tak kisah lah kan lelaki ker perempuan ker janji senang berurusan dan tak banyak songeh... Ni antara gambar-gambar pada hari kejadian

Zu, Me n Siti


My boss bertudung putih baju coklat bersama pegawai

03 Februari 2010

Busy...Busy..busy...

Fuhh..... tak menang tangan nak setelkan semua kerja dalam satu masa....boleh ker???
kerja apa la yag banyak sangat ni...? Tak der sebenarnya ofis saya nie sibuk tengah buat preparation launcing ofis baru kat Langkawi...so saya selaku AJK sambutan sibuk siapkan surat jemputan, kad jemputan, arrangekan jadual penerbangan VIP pastu kena call satu-satu jabatan yang dijemput tu nak tahu sama hadir ke tak hadir..penat juga kan..tambah-tambah klu call 2 3 kali masih tak dapat jawapan ..bengang jer...bukan sehari jer boleh buat kena amik masa 2 3 jugak la nak setelkan pasal tu...
Majlis tu berlangsung hari Ahad ni..saya tak pergi pun...lagipun dah ramai AJK2 lain kat sana....biar dorang pulak yang bertungkus lumus kat sana..sambil2 tu dorang boleh shopping sekali kan....